Untuk gig, affiliate & solo founder
Bank tak kenal usaha anda. Borang B kenal. OhCukai susun resit, income dan dokumen cukai anda, supaya anda masuk bank untuk pinjaman rumah, kereta atau modal bisnes dengan fail yang lengkap. Kalau LHDN tanya, rekod pun dah sedia.
Percuma sehingga 100 resit. Tak perlu kad kredit.
Kenapa ramai tersangkut
Bulan ni RM9k, bulan depan RM2k. Payroll tiada, PCB tiada, jadi tiada siapa potong cukai untuk anda.
Separuh dalam Gmail, separuh dalam dompet, separuh lagi dah hilang. Bila nak tolak belanja, bukti tak cukup.
Setiap tahun sama: panik bulan Jun, teka angka, dan berharap LHDN tak tanya.
Cara guna
Beli barang kerja? Ambil gambar terus. PDF dan resit e-mel pun boleh. Pilih kategori, siap.
Masukkan jumlah dari setiap sumber: affiliate, Grab, klien, jualan. Tak tetap pun tak apa.
App kira cukai, pelepasan dan skor sedia audit secara automatik. Anda tahu berapa nak simpan.
Apa dalam app
Gambar disimpan bersama tarikh, jumlah dan kategori. Resit pudar pun selamat.
Sambung Gmail, app tarik resit Shopee, Lazada, Grab dan lain-lain secara automatik.
Rekod setiap sumber income secara berasingan. Nampak bulan mana kuat, bulan mana slow.
Ikut kadar cukai pemastautin dan pelepasan terkini. Tahu awal, simpan awal.
Markah 0 hingga 100 yang beritahu apa yang kurang: resit tanpa gambar, bulan tanpa income.
Ringkasan cukai, senarai CSV dan semua bukti. Terus hantar kepada ejen cukai atau LHDN.
Kalau surat LHDN sampai
LHDN boleh minta dokumen bila-bila masa dalam 7 tahun. Masa tu, rekod yang tersusun ialah beza antara jawapan mudah dan penalti.
Jawab surat minta dokumen atau maklumat.
Bantah surat penemuan audit.
Bayar atau rayu notis taksiran (Borang Q).
Tempoh wajib simpan resit dan rekod.
| Lewat hantar Borang B | 15% hingga 45% |
| Lewat bayar baki cukai | +10% |
| Kurang lapor income (ditemui audit) | 15% hingga 45% |
| Sengaja atau fraud | sehingga 100% |
| Dedah sendiri sebelum audit | 15% sahaja |
Peratus atas cukai yang terkurang bayar. Panduan umum sahaja; kadar sebenar ikut budi bicara LHDN dan Rangka Kerja Audit Cukai terkini. Sumber: Akta Cukai Pendapatan 1967 (s103, s112, s113), hasil.gov.my.
Berita baiknya: semua ini boleh dielak dengan rekod yang lengkap. Itu saja kerja OhCukai.
Sokongan audit
Pasukan kami berpengalaman luas dengan proses audit cukai. Kami bantu susun dokumen dan rekod yang diminta, dan hubungkan anda dengan ejen cukai berlesen bila perlukan nasihat atau wakil.
App kira tarikh ini untuk anda dan sediakan pek eksport sebelum anda berjumpa ejen cukai.
SEDIAHarga
Untuk yang baru mula
Selamanya
Mula percumaUntuk gig & affiliate aktif
Harga pelancaran, asal RM69.90
Pilih PlusUntuk solo founder & enterprise
Harga pelancaran, asal RM129
Pilih ProHarga awal untuk pengguna terawal dan boleh berubah; perubahan dimaklumkan sebelum pembaharuan. Harga, pembaharuan dan polisi refund dipaparkan sebelum bayar. Kalau pelan tamat, resit anda kekal boleh dilihat dan dimuat turun. Kami tak padam. Terma
Ajak kawan
1 bulan percuma
Untuk setiap kawan yang mula melanggan. Kawan anda pula dapat 30 hari Plus percuma. Sehingga 12 bulan setahun.
20% hingga 30% tunai
Untuk creator dan affiliate yang diluluskan. Komisen bulanan bagi setiap pelanggan aktif, selama 12 bulan pertama mereka. Tertakluk terma program.
Soalan lazim
Boleh. Masukkan gaji dan PCB yang dah dipotong, kemudian tambah income sampingan. App kira baki cukai yang mungkin perlu dibayar.
Tak perlu untuk guna app. Tapi rider, affiliate dan freelancer, ada SSM atau tidak, tetap perlu isytihar income perniagaan dalam Borang B. Sama ada perniagaan anda wajib daftar SSM, semak dengan SSM. App sesuai untuk kedua-duanya.
App sediakan angka dan bukti. Anda isi e-Filing sendiri dengan angka itu. Kalau mahu orang failkan untuk anda, kami boleh hubungkan anda dengan ejen cukai berlesen.
Resit dan rekod disimpan dalam storan peribadi yang disulitkan, hanya boleh dibuka oleh akaun anda. Kami tidak menjual data. Anda boleh padam akaun bila-bila masa.
Ia anggaran berdasarkan kadar dan pelepasan semasa, cukup untuk merancang simpanan. Ia bukan nasihat cukai rasmi. Untuk kes rumit, berbincang dengan ejen cukai berlesen.
Emel kami di [email protected].
Snap resit pertama anda sekarang. Bila Borang B tiba, angka dah sedia.
Jom start, free